Selangkah Mencorak Kehidupan..


Pada 20 Mac 2010 yang lalu, kumpulan kami iaitu kumpulan BMD4TA telah mengadakan program motivasi ’SELANGKAH MENCORAK KEHIDUPAN’ yang bertempat di Sekolah Tunas Bakti (p),Marang Terengganu.Antara objektif utama dalam menjayakan program ini ialah mengeratkan hubungan antara pelajar UiTM dengan masyarakat luar. Kami memilih STB(P),Marang adalah kerana pelatih-pelatih ini memerlukan sokongan dan bimbingan masyarakat luar untuk tidak lagi terjurumus ke kancah kehinaan. Program sebegini memeng bagus untuk pelajar-pelajar kerana ianya dapat menimbulkan kesedaran bukan sahaja kepada para pelatih,bahkan juga kepada pelajar UiTM itu sendiri. Alhamdulillah,kami telah diberikan peluang untuk melihat sendiri keadaan para pelatih di sana. Yang menariknya,kami dapat melihat dunia dari persepsi yang berbeza. Jika selama ini kita hanya melihat dunia dari persepsi kami sahaja,tapi dengan adanya program seperti ini maka kita juga boleh menyelami perasaan dan pandangan dari orang lain. Kami dapati yang pelatih-pelatih di disitu mengalami tekanan. Walaupun ada yang ingin berubah, namun keadaan di dalam STB(P) itu sendiri telah menekan mereka. Menurut mereka juga. Walaupun ingin berubah kearah kebaikan,namun seolah-olah mereka tidak diberikan peluang untuk berubah. Mereka juga tidak bersedia untuk menhadapi dunia luar kerana mereka seolah-olah hidup di dalam dunia mereka sendiri. Persepsi masyarakat luar terhadap mereka juga telah menberikan impak yang negatif kepada mereka. Dengan kata lain,kita sebagai masyarakat luar seolah-olah menghalang mereka untuk berubah. Hal ini sepatutnya dielakkan kerana mereka juga warga Malaysia yang boleh menyumbang kepada negara. Dari sudut ekonomi, seolah-olah kita telah menbazirkan tenaga kerja. Berbalik kepada pelatih-pelatih di STB(P), mereka adalah golongan yang maghadapi masalah dengan keluarga,contohnya kekurangan kasih sayang yang mendorong mereka untuk bertindak di luar batas pemikiran. Kami sedar yang kehidupan di dalam filem,contohnya kejadian haruan makan anak,juga berlaku dalam kehidupan sebenar walhal kehidupan kita tidaklah seindah yang kita tonton dalam filem. Hal ini secara tidak langsung menberikan motivasi kepada kami agar menghargai kehidupan sekarang. Secara umumnya, kami berpendapat pelatih-pelatih disitu di berikan peluang yang sewajarnya agar mereka yang ingin berubah dapat menikmati kehidupan seperti mana orang lain. Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pensyarah kami, Encik Syahrul Hezrin yang telah memberikan menbantu dan peluang untuk kami mendapat pengalaman yang berguna untuk kami. Sekian...

6 comments:

wajibushahid March 26, 2010 at 9:29 AM  

program nie bagus sangat,,arap di adakan lagi..keselamatan terjamin..

Anonymous March 30, 2010 at 9:17 PM  

dilain kali, kte perlu tubuhkan biro keselamatan...agar BELIAU ade tugas tersendiri...

Anonymous March 30, 2010 at 9:22 PM  

sy stuju syangat dgn org di atas

wajibushahid March 30, 2010 at 10:12 PM  

baek3!!

Anonymous March 30, 2010 at 10:28 PM  

baek mg crek2

raTa MeraTa ShoppINg March 30, 2010 at 10:43 PM  

knapa org hensem ad d tpi bkn d tgh???