Dada itik dengan buah delima
Bahan-bahan
-1 dada itik
-8 sudu besar minyak zaiton
-4 sudu besar kucai kering (dried chives)
-3 biji buah delima
-Garam
Cara
Sediakan jus dari 2 biji buah delima Dengan menggunakan pisau kecil & tajam potong buah kepada setengah bahagian dan potong lagi supaya jadi suku. Keluarkan biji dengan sudu dan masukkan dalam mesin kentang lecek.
Keluarkan biji dari buah delima yang ketiga ; letakkan sebelah.
Masukkan minyak dan "chives" dalam kuali.
Buangkan kulit dari dada itik, potong dua, susun dalam kuali, masukkan garam dan masak sehingga kekuningan.Tuang jus buah delima dan masak dengan api yang besar selama beberapa minit . Campurkan satu senduk air panas, tutup kuali separuh dan masak dengan api yang sederhana sehingga daging lembut. Keluarkan dari kuali , hiris tebal dan susun semula atas kuali tadi. Masukkan biji buah delima yang ketiga dan masak semula untuk beberapa minit.
Resepi Dada itik dengan buah delima
Posted by
wajibushahid
Wednesday, April 7, 2010
2 comments:
mknn nie nmpak sdp sgt...
sye nk cbe la...
(makang pong)
mmg sedap pown..cuebe la..
Post a Comment